Rabu, 18 Januari 2017

Solat Hajat Ringkas, Bacaan Serta Doa

Solat Hajat Ringkas, Bacaan Serta Doa

 

Cara Solat Hajat Ringkas Serta Doa

solat_hajat_mywaktusolatSolat Hajat Ringkas, Bacaan Serta Doa

Manafaat Solat Hajat. Ada ketikanya kita leka dan terlupa untuk memohon hajat kepada yang sepatutnya sedangkan kita betul-betul berhajat kepada perkara tersebut.
Apa kata kita memohon hajat kepada Allah SWT di samping usaha yang telah dibuat. Memohon hajat yang boleh dibuat melalui solat hajat dengan memperbanyakkannya, mudah-mudahan hajat kita dimakbulkan-Nya.
Solat hajat iaitu solat untuk memohon sesuatu hajat yang tertentu kepada Allah SWT, sama ada semasa senang, lebih-lebih lagi ketika mengalami kesulitan dan kesukaran.
Solat sunat hajat boleh dikerjakan secara ringkas sebanyak dua rakaat. Bagi mereka yang ingin memanjangkannya sehingga 12 rakaat. Setiap 2 rakaat dengan 1 salam.
Ia boleh dilakukan secara bersendirian mengikut keperluan hajat masing-masing dan juga boleh juga dilakukan secara berjemaah jika mempunyai hajat atau niat yang sama.
Waktu solat hajat ketika ingin mengerjakan ialah pada bila-bila masa sama siang atau malam, kecuali waktu yang diharamkan solat.
Namun begitu dianjurkan untuk memilih waktu yang sesuai, contohnya selepas tengah malam atau selepas 2/3 malam. Ini kerana suasana ketika itu yang boleh mendatangkan kekusyukkan, Insha Allah…

Cara Mengerjakan Solat Sunat Hajat

Solat yang boleh dilakukan paling ringkas dua rakaat sehingga dua belas rakaat.
Lafaz niat solat Hajat:
Lafaz_Niat_Solat_Sunat_Hajat_MyWaktuSolatMaksudnya – “Sahaja aku sembahyang sunat Hajat rakaat kerana Allah Taala.
Bacaan
Rakaat pertama – Surah al-Fatihah 1 kali dan surah al-Kafirun 1 kali (ringkas) atau 10 kali.
Surah_Solat_Sunat_Tahajjud_MyWaktuSolat_1Rakaat kedua – Surah al-Fatihah 1 kali dan surah al-Ikhlas 1 kali (ringkas) atau 10 kali.
Surah_Solat_Sunat_Tahajjud_MyWaktuSolat_2
Doa Solat Sunat Hajat
Setelah memberi salam, bacalah doa di bawah.Doa_Solat_Sunat_Hajat_MyWaktuSolat_1Kemudian pohonlah apa-apa yang dihajati, boleh diulangi doa tersebut dan setelah selesai berdoa hendaklah diakhiri dengan selawat iaitu:doa_solat_hajat_mywaktusolat_2Insya Allah, mudah-mudahan segala apa yang dihajati, yang telah dipohon di samping usaha gigih serta tepat yang telah dilakukan akan dimakbulkan oleh Allah SWT. Wallahua’lam…
Panduan solat hajat di atas dipetik dari Panduan Qiamullail, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).







sumber :  http://www.mywaktusolat.com/cara-solat-sunat-hajat-ringkas-serta-doa/

Tidak ada komentar:

Posting Komentar